Gel mandian Bidara Syifa Cheeria


Gel Mandian Bidara Syifa Cheeria 2.0
(Mempunyai Lebih Buih)


                                                        Gel Mandian Bidara Syifa Cheeria 1.0

Produk yang sentiasa mendapat tempat dihati pengguna iaitu 👉Bidara atau Sidr (Bahasa Arab: (سدر) Bahasa Inggeris: (Lote tree)) memiliki kedudukan tersendiri di dalam Islam. Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba' ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28 dan seperti juga subjek lain, sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya.
.
Pohon ini disebutkan di beberapa surah dalam Al-Qur'an, iaitu:-

🍃Sebagai Pohon bidara yang sedikit jumlahnya (sidrin qolil) (QS.34. Saba':16),

🍃Sebagai Pohon bidara yang tak berduri (sidr makhdud) (QS.56. Al-Waqiah:28),

🍃Sebagai Pohon bidara perbatasan akhir (sidratul muntaha) dan Pohon bidara yang diliputi (sidrata ma yaghsya) (QS.53. An-Najm: 13-16)
.
Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.
.
Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratul Muntaha, tempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi'raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana.

🌳Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan  kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.

📕Allah SWT berfirman:

وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ * فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ * وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ * وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ * وَمَاء مَّسْكُوبٍ * وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ
📚“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan (penghuni syurga) itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas,dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak,”QS. al-Waqi’ah (56) : 27-32

📖Dalam Surah As-Saba ketika mengkhabarkan tentang kisah Negeri Saba, Allah SWT berfirman:

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَى أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ
📚Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Bidara (QS. Saba :16)

Selain daripada hadis-hadis yang disebut di atas, terdapat juga hadis-hadis berikut tentang pokok Bidara yang jelas menunjukkan betapa mulianya pohon ini di sisi Allah SWT :

🚩"Sesiapa yang memotong pokok Bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka." (Riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani)

dan

"Hadis ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok Bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh musafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya di neraka." (Abu Daud sunan Abi Daud, 4/361, Beirut: Dar al-Fikr)
.
Sekiranya pokok Bidara ini ditempatkan di tempat yang paling tinggi, suci dan menjadi lambang kehebatan kuasa Allah swt, maka sudah tentunya pokok ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang luarbiasa kemujarabannya.
.
Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti terdapat terlalu banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok ini.
.
Terdapat banyak spesis pokok Bidara, dan yang paling dikenali ialah spesis Ziziphus spina-christi dan Ziziphus mauritiana. Nama saintifik ini berasal dari perkataan Arab zizouf. Kajian cenderung kepada Ziziphus Mauritiana kerana ini adalah spesis yang terdapat di Malaysia. Manakala Ziziphus spina-christy pula dikatakan bahawa telah dipakaikan kepada Nabi Isa a.s. sebagai mahkota yang dinamakan Crown of thorns diperbuat dari lingkaran duri-duri dari pokok ini.

🍃 NAMA MELAYU - Pokok Bidara
🍃 NAMA SAINTIFIK - Ziziphus mauritiana
🍃 NAMA2 LAIN - Chinese date, Chinee apple, jujube, Indian plum, Regi pandu, Indian jujube and masau
🍃 FAMILI - Rhamnaceae

Kandungan (Chemical constituents) - Hasil Kajian dari Jodhpur National University
~~~~~~~~~~~~~~~
✔Antioksidan - flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin

✔Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi)

✔Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL)

✔Carotene

✔Kalsium, besi, fosfurus

✔Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.

Sifat-sifat perubatan
~~~~~~
✔Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati). Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol.

✔Berkesan melawan oxidative stress yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser.

✔Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.

✔Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji.

✔Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).

✔Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen)

✔Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia).

✔Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli

✔Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.

✔Anti radang (Anti-inflammatory)

Aplikasi
~~~
✅Salah satu bahan sunnah dalam mandian untuk jenazah

Ummu ‘Athiyyah Radhiyallahu ‘Anha berkata, “Nabi Muhammad saw pernah menemui kami sedangkan kami waktu itu tengah memandikan puterinya (Zainab), lalu Beliau bersabda: ‘Mandikanlah dia tiga, lima, (atau tujuh) kali, atau lebih dari itu. Jika kalian memandang perlu, maka pergunakan air dan daun bidara. (Ummu ‘Athiyyah berkata, ‘Dengan ganjil?’ Beliau bersabda, ‘Ya.’) dan buatlah di akhir mandinya itu tumbuhan kafur atau sedikit darinya.” (HR. Muslim)

✅Rawatan untuk masalah gangguan makhluk halus.

Wahb bin Munabih, salah seorang pemuka tabi'in yang ahli dalam sejarah dan ilmu kedoktoran menyarankan untuk menggunakan tujuh lembar daun bidara yang dihaluskan. Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, surah al Kafirun, al Ikhlash, al Falaq dan an Naas. (lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13).

🌿Caranya, tumbuklah tujuh helai daun bidara yang masih hijau dengan lesung batu lalu siramkan air diatasnya sebanyak jumlah air yang cukup untuk mandi dan bacakan di dalamnya ayat-ayat al-Quran.
🌿Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air yang sudah disiapkan tersebut, hendaklah dia meminumnya sebanyak tiga kali, dan kemudian mandi dengan menggunakan sisa air tersebut. Dengan demikian, insya Allah penyakit (sihir) akan hilang.
🌿Jika orang yang terkena gangguan jin atau sihir meraung-raung kesakitan, jangan terperdaya, tetap lanjutkan menyiramnya dengan air campuran daun bidara kerana itu adalah raungan dari syaitan dan jin kafir yang kesakitan akibat kepanasan.
🌿Dan jika perlu, hal itu boleh diulang dua kali atau lebih, sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar sirna. Hal itu sudah banyak dipraktikkan, dan dengan izinNya, Allah memberikan manfaat padanya. Pengubatan tersebut juga sangat baik bagi suami yang tidak boleh berhubungan badan kerana terkena sihir.

✅Mandi haid

Diriwayatkan dari Sayyidah ‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita haidh) mengambil air yang dicampur dengan daun bidara lalu dia bersuci dan memperbaiki bersucinya. Kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya seraya menggosoknya dengan gosokan yang kuat sampai air masuk ke akar-akar rambutnya, kemudian dia menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Kemudian dia mengambil secarik kain yang telah dibaluri dengan minyak misk lalu dia berbersih darinya.” ‘Aisyah berkata, “Dia mengoleskannya ke bekas-bekas darah.” (HR. Muslim)

✅Rawatan perubatan serta mengubati beberapa masalah dan penyakit kerana manfaatnya dari segi kesihatan.

🍃1. Daun bidara mengandungi senyawa antibakteria, sehingga sangat efektif untuk mengubati penyakit akibat bakteria ataupun virus, seperti pilek, influenza, flu babi, flu burung dan bahkan HIV/AIDS.
🍃2. Daun bidara mengandungi senyawa antioksidan yang sangat tinggi, kandungan inilah yang sangat efektif untuk menjaga kesihatan tubuh kita dari pelbagai macam jenis penyakit.
🍃3. Daun bidara mampu mengubati penyakit kanser.
🍃4. Mampu mencegah dan mengubati penyakit kardiovaskuler yang sangat berbahaya.
🍃5. Mampu mengubati penyakit diabetis melitus, baik tahap 1, tahap 2 ataupun diebetes gestasional, kerana daun bidara mengandung glikemik yang sangat rendah.
🍃6. Daun bidara sangat berguna untuk mengubati masalah mulut, seperti ulser, bibir pecah-pecah, gusi berdarah dan banyak lagi.
🍃7. Daun bidara sangat berguna untuk mencegah dan mengubati penyakit pertumbuhan yang abnormal, seperti kanser, tumor, kista dan banyak lagi.
🍃8. Daun bidara dengan kandungan antiseptik, maka akan sangat berguna untuk mengubati luka, baik luka baru ataupun luka yang sudah lama.
🍃9. Daun bidara sangat berguna untuk memperbaiki sel-sel organ yang mengalami kerosakan, sehingga organ tersebut dapat bekerja secara maksimum.
🍃10. Daun bidara yang masih muda dan segar sangat berguna untuk mengatasi masalah kewanitaan, seperti keputihan, haid tidak normal dan masih banyak lagi.
🍃11. Kandungan mineral kalsium yang sangat tinggi pada daun bidara, maka akan sangat efektif untuk menguatkan dan merawat kesihatan tulang ataupun gigi.
🍃12. Daun bidara sangat bermanfaat untuk mengubati demam panas ataupun dingin, baik pada orang dewasa ataupun anak-anak.
🍃13. Manfaat daun bidara untuk kulit sangat efektif untuk mengatasi peradangan pada area kulit ataupun organ dalam tubuh.
🍃14. Daun bidara sangat berguna untuk mengatasi bisul ataupun ambeien pada dubur.
🍃15. Daun bidara sangat berguna untuk mengatasi ejakulasi dini atau lemah syahwat.

Kegunaan
~~~

🔴 DAUN - penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.

Daun bidara yang dibuat lulur untuk mandian dalam rawatan gangguan.

🔴BUAH - masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman.
                                                                                                     
🔴BIJI - loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit.

🔴BUNGA - losyen untuk mata .

🔴 KULIT - cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).

🔴 AKAR - gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

Wallahua'lam bisowwab. Artikel ini tidak bertujuan untuk menjadi nasihat untuk rawatan sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan perawat profesional untuk diagnosis dan rawatan yang sempurna.

Sumber:
-wikipedia.org
-Sistem An Nisaa, Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)
-manfaatbuah-daun.blogspot



Comments

Popular posts from this blog

"AURA POSITIF"

Minyak Aromaterapi Bidara Syifa