Ketakutan Jin Pada Bidara..






Sifat-sifat Jin adalah yang berbadan pendek, ada yang kerdil kecil tubuh badannya seperti bayi yang baru lahir. Ada pula yang tinggi-tinggi melampau tinggi menyamai pohon-pohon nyiur, ada yang berkulit merah seperti api, ada yang hitam legam seperti arang ada pula yang puteh.

Jin-jin ada yang merayap seperti burung terbang diudara, ada yang merayap di bumi ada uang merupakan seperti manusia. Jin-jin boleh menjelma dengan rupa ular, singa, harimau, lembu, anjing, keldai, kala jengking, ulat, lipan dan sebagainya. Pendeknya, jin-jin berkuasa mengubah rupa dan bentuk diri dengan rupa dan bentuk yang ia mahu. Selain dari meresap masuk ke dalam tubuh badan manusia seperti perjalanan angin dalam darah yang mengalir diurat saraf, dia tidak boleh dibunuh melainkan apabila ia telah menjelmakan dirinya seperti binatang atau manusia.

Kadang-kadang syaitan pun rasa letih menjalankan tugas, apatah lagi jika usaha-usahanya tidak berjaya, ditentang dan dicabar, setengah-setengah syaitan tidur diwaktu siang, manakala yang lain meneruskan kewajipan. Maka bangunlah yang tidur itu di waktu petang sedang matahari terbenam dan senja mula muncul, bangun dalam kelaparan terpaksa mencari makan kerana Rasulullah s.a.w berpesan, apabila malam menjelma tegahlah anak-anak kamu merayau di luar rumah ketika itu syaitan-syaitan sedang keluar berkeliaran, berjagalah diri dan anak-anak, menjaga minuman dan makanan. Sehingga menjelang waktu isyak.

Tatkala hendak tidur tutuplah pintu rumah kunci rapat sambil menyebut nama Allah lampu-lampu pun dipadamkan sebagai keselamatan sambil menyebut nama Allah. Tutuplah tempayan-tempayan air sambil menyebut nama Allah. Tudung segala mangkuk, sebut nama Allah.Menyebut nama Allah itu, ialah apa jua ayat Al-Quran terutama ayat al-Qursi, untuk memperkuatkan diri dari kejahatan syaitan dan menolak gangguan.

Comments

Popular posts from this blog

Gel mandian Bidara Syifa Cheeria

"AURA POSITIF"

Minyak Aromaterapi Bidara Syifa